TINJAUAN SOAL SELIDIK TERHADAP PRESTASI YB MENTERI DALAM PROGRAM PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) MADANI 100 HARI ANGGOTA JEMAAH MENTERI KERAJAAN PERPADUAN

Tinjauan Soal Selidik telah ditutup.

akm
Tinjauan ini bertujuan mendapat pandangan orang awam terhadap prestasi YB Menteri dalam tempoh 100 hari berkhidmat sebagai Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan.
YAB Perdana Menteri (PM) semasa sesi perjumpaan dengan rakyat Malaysia (Malaysian diaspora) pada 8 Januari 2023 di Kedutaan Malaysia, Jakarta telah mengumumkan pelaksanaan KPI 100 Hari Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan bagi 28 YB Menteri melibatkan 25 kementerian dan 3 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Dalam hal ini, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 18 Januari 2023 telah bersetuju supaya penilaian prestasi YB Menteri dibuat berdasarkan tiga (3) elemen utama iaitu Penilaian Prestasi kementerian/agensi, Penilaian Kepimpinan YB Menteri oleh YAB PM berdasarkan keberkesanan keberhasilan inisiatif, serta Penilaian Persepsi Awam terhadap Ahli Jemaah Menteri.
Sehubungan itu, Pejabat Ketua Setiausaha Negara dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri selaku sekretariat KPI sukacita menjemput orang awam selaku responden untuk memberi maklum balas tinjauan soal selidik ini.
Tinjauan ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A: Demografi & Bahagian B: 5 elemen penilaian dan ia akan mengambil masa kurang daripada 5 minit untuk memberi maklum balas.
Tinjauan ini adalah untuk kegunaan analisis semata-mata. Sebarang penggunaan atau perkongsian maklumat oleh pihak lain perlu mendapat kebenaran daripada sekretariat terlebih dahulu.

Bagi sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung dengan sekretariat seperti e-mel yang dinyatakan
jata
Jabatan Perdana Menteri
Pejabat Ketua Setiausaha Negara

hasif@jpm.gov.my

jata
Jabatan Perdana Menteri
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

sekretariatkpiybmenteri@mampu.gov.my